Space Shuttle ke Syurga?

Surah Fatir menyaksikan, bagaimana dalam ayat ke-32, Allah SWT menceritakan hakikat pewarisan kitabNya kepada hamba-hambaNya yang terpilih lalu di antara mereka ada yang menzalimi diri sendiri, ada yang dipertengahan saja, dan ada pula yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Dan kata Allah, zaalika huwa alfadhlul kabeer.

Allahu akbar. Siapa kita ini? Di mana kita?

Jelas-jelas Al Quran itu hari ini didepan mata saja, apatah lagi kepada yang sudah menerima anugerah tarbiyyah, kita telah memahami hakikatnya, merasai enaknya, meratah manfaat-manfaatnya, pasti kita jelas bahawa kita terpilih. Dari kalangan jutaan muda-mudi di luar sana yang hidup dalam pelbagai gaya, pelbagai ragam dan budaya, kita, dengan izin dan nikmatNya, dipilihNya, untuk mengenal ad-deen yang hakiki. Siapa yang mahu berhujah bahawa ini bukan ketentuan Allah? Siapa yang tidak yakin Allah telah memilihnya, menulis dalam takdirnya bahawa dia hari ini adalah seorang akhwat atau seorang ikhwah? Siapa yang tidak meyakini ini? Bukankah Allah SWT menceritakan kepada kita

“Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada padaNya; tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahuiNya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau kering, yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata(Lauh Mahfuz).” (Al An’am: 59)

Makanya, tidak ada yang bisa menafikan keterpilihan dirinya untuk berada di jalan ini. Tapi ayat 32 surah Fatir memberi gambaran kepada kita bahawa dalam kalangan yang sudah dipilih ini, masih ada yang tidak benar-benar membenamkan diri dan jiwanya dalam Sibghah Allah. Maka menjadilah 2 golongan yang pertama itu- yang menzalimi diri dan di pertengahan saja.

Adapun yang ingin saya kisahkan di sini bukan 2 golongan ini. Tarbiyyah akan membersihkan kelompok ini inshaAllah. Tetapi menjadi kelompok ketiga yang Allah namakan sebagai sabiqum bilkhairaat(lebih dahulu/terawal dalam membuat kebaikan) ini adalah antara cita-cita yang perlu ada dalam jiwa-jiwa kita.

Sejarah mengajar kita, menjadi kelompok yang awal, yang memulakan sesuatu, yang pertama-tama, tidaklah mudah. Kerana itu Allah SWT menjanjikan “wassabiquunas saabiquun”. Kata Allah,

“dan orang-orang yang paling dahulu (beriman), merekalah yang paling dahulu (masuk syurga), ” (Al Waqi’ah: 10)

Maka ertinya menjadi golongan terdahulu yang proaktif ini adalah BESAR di sisi Allah Yang Maha Menghargai dan Maha Mensyukuri.

Dan seringkali juga Allah menyaksikan kepada kita, betapa sesuatu yang besar, hebat, gagah, dahsyat, biasanya permulaannya, melibatkan kelompok yang kecil saja. Allah Rabb Al Alameen mengajar hakikat ini kepada kita melalui proses penciptaan insan. Bagaimana  permulaan kita hanya melibatkan 2 sel sahaja iaitu sperm dan oocyte. 2 sahaja! Dan hari ini setiap dari kita yang sedang berjalan, berlari, bercakap ini averagely mempunyai sekitar bertrillion-trillion sel! Itu secara biologinya. Dalam ilmu astronomi, tahukah kalian bahawa tenaga berkuasa tinggi yang menghasilkan force yang menolak space shuttle ke angkasa lepas hanya melibatkan 2 jenis gas iaitu hydrogen dan oksigen dan persamaan kimianya hanyalah 2H2 + 02–>2 H20. Bukannya kena guna bahan-bahan kimia kompleks pun untuk cetuskan tenaga sebesar itu. Tapi Allah Maha Bijaksana, lihat tabiat di sebalik fakta-fakta begini. Allah mengajar kita bahawa sesuatu yang besar, permulaannya, biasanya kecil sekali. Kalau mahu tahu lebih lanjut boleh baca Wikipedia dengan kata kunci Space Shuttle.  =_=”

Justeru, sewajarnya kita merasa daya tolak untuk menjadi kelompok yang pertama, yang mendahului, yang sedikit ini…kerana inshaAllah pasti kita akan berhasil menghasilkan daya yang besar yang kemudiannya berupaya untuk menolak seluruh umat untuk sama-sama bergerak mencapai redha Allah. Makanya, kalau mahu al fadhlul kabeer, perlu jadi saabiqum bilkhairaat. Kalau mahu jadi saabiqum bilkhairaat, fastabiqul khairaat!

Tiba-tiba rasa best pula cerita pasal space shuttle. Maklum ler nak jadi engineer aerospace tak dapat. Tengok video bawah ni..ingat space shuttle ingat fastabiqul khairaat eh. Pecut biar laju dalam tarbiyah, biar sampai syurga!

 

Advertisements

2 thoughts on “Space Shuttle ke Syurga?

  1. wallahu’alam. syurga milik Allah. x de lah. kat mrsm taiping x blaja arab pon. kat mrsm kulim blaja. tapi orang lain blaja, akak tido di belakang. sbb tu tau sebaris2 je. hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s