Aku Tinggalkan Kasur Empuk

“Seonggok kemanusiaan terkapar

Siapa yang mengaku bertanggungjawab?

Bila semua pihak menghindar

Biarlah saya yang menanggungnya…

Saya harus mengambil alih tanggungjawab ini

Dengan kesedihan yang sungguh

Seperti saya menangisinya

Saat pertama kali menginjakkan kaki

Di mata air peradaban moden ini”

(KH Rahmat Abdullah)

Manusia hari ini benar-benar semakin jauh. Jauh, jauh sekali dari cahaya. Seperti dalam satu terowong yang panjang sekali. Kiri kanan terowong rata-rata dipenuhi lumut-lumut kotor yang busuk, jijik tapi dek kerana gelapnya terowong itu, tidak kelihatan yang jijik itu sebagai jijik. Terus-terusan juga manusia itu meraba-raba kejijikan dan kekotoran dinding-dinding terowong dan gelap, daripada berlari semahu-mahunya menuju cahaya supaya bisa melihat dengan seterang-terangnya.

Sebuah daulah itu tidak terbina dengan kata-kata dan wang ringgit. Tidak juga bertiangkan laungan-laungan semangat sahaja tapi jiwanya kosong, lompong, kering. Tak ada bedanya. Demikian itulah dikatakan kepada kita para du’at, “kemiskinan yang paling memprihatinkan adalah kemiskinan azam, bukan kemiskinan harta.” Usia para mujahid barangkali tidak panjang, tapi biarlah azam itu hidup, subur, pantas menyerap masuk ke dalam jiwa-jiwa yang terus muda dan takkan pernah mati sampai qiamah menjemput kita. Itu baru hidup yang sebenarnya. Mati yang sekali itu biar benar-benar bermakna.

Makanya tidak wajar lagi untuk kita-kita ini selesa-selesa bagai tiada apa-apa berlaku di kiri dan kanan kita. Kita juga sedang berlari dalam terowong yang sama. Sama sahaja. Hanya semata-mata kerana nikmat Allah SWT, kita bisa melihat cahaya di hujung terowong itu lantas berlari lurus ke arahnya. Semata-mata kerana nikmat Allah. Boleh saja tiba-tiba kita terpaut dengan akar-akar lumut di tepi-tepi terowong ini dan akhirnya turut sama tersangkut di pertengahan jalan. Maka kerana nikmat yang hebat inilah, maka seharusnya setiap hari kita dipenuhi semangat dan thumuhat yang bukan calang-calang. Kerana yang akan mendirikan dan menjayakan dakwah ini bukanlah orang-orang yang berdiri di pinggir-pinggir, yang layu-layu, yang kuyu-kuyu matanya bilamana ayat-ayat Allah diperdengarkan, yang longlai dengan kasur-kasur dan ujian-ujian kerdil. Tidak sama sekali.

Rasulullah SAW juga tidak pernah mengajarkan kita tabiat semacam itu. Tenung saja kisah perang ahzab, bagaimana kita diajar oleh Rasulullah supaya memandang jauh kehadapan sehingga melangkaui zaman dan ketamadunan. Percikan-percikan api yang memancarkan gambaran-gambaran kemenangan yang bakal menemui angkatan Islam seperti istana Kisra dan kerajaan Romawi, hanya benar-benar dikuasai batalion tentera Islam setelah kewafatan Baginda SAW. Maka dalam hidup kita ini,wahai du’at, impian kita itu perlu tinggi, jauh, jauh sehingga melangkaui zaman dan ketamadunan kita. Bahkan melangkaui umur kita. Kita perlu biasa dengan tabiat bahawa masa itu sebahagian dari terapi tarbiyah, dan perlu benar-benar kuat jiwa dan fisik untuk memikul tanggungjawab ini. Kerana itu kalau kita lihat, ahli-ahli madrasah tarbiyah Rasulullah di Baitul Arqam, rata-rata mereka orang-orang yang dahsyat sekali ujiannya, hebat sekali kesabarannya, tekad sekali imannya, tidak ada tolok bandingnya. Begitulah kita sepatutnya, kalau benar misi dakwah ini kita junjungkan. Tidak ada komprominya. Mahu tidak mahu kita harus menujunya.

Barangkali, kerana itulah ISHAB mengingatkan kita jundi-jundi segar ini tentang hakikat keyakinan yang seharusnya tertancap di hati kita,

Tiada erti sebuah keyakinan tanpa disertakan dengan amalan. Tiada erti sebuah aqidah jika ia tidak mampu membawa manusia untuk merealisasikannya dan berkorban deminya.”

(Bersambung)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s