“Doctor, how long do i have?”

If medicine takes aim at death prevention, rather than at health and relief of suffering, if it regards every death as premature, as a failure of today’s medicine – but avoidable by tomorrow’s – then it is tacitly asserting that its true goal is bodily immortality…

Physicians should try to keep their eyes on the main business, restoring and correcting what can be corrected and restored, always acknowledging that death will and must come, that health is a mortal good, and that as embodied beings we are fragile beings that must stop sooner or later, medicine or no medicine.” (Kass LR.  JAMA 1980;244:1947)

“Mati itu pasti, hidup itu inshaAllah…”

Dalam dunia perubatan, ada satu unit yang ditubuhkan khas untuk deal dengan urusan-urusan pesakit yang berada di advanced stage of cancer or apa-apa life-threatening illness iaitu Palliative Care team. Menurut WHO, Palliative Care ini adalah satu unit yang bantu improve quality of life of patients and families yang menghadapi life-threatening disease ni dengan cara menyediakan rawatan-rawatan untuk bertahan sepanjang pesakit itu masih hidup, memberikan sokongan spiritual dan psychosocial bermula dari diagnosis pesakit, sehinggalah ke akhir hayatnya.

Demikianlah hakikat bidang Palliative ini, mengira-ngira detik-detik kematian.

Palliative Care biasanya akan deal dengan pesakit-pesakit yang prognosis menampakkan tidak ada harapan untuk sembuh lagi seperti cancer yang sudah di peringkat akhir yang mana sebarang further treatment pun sudah tidak dapat memulihkan keadaan dan dilihat futile.

Maka pesakit-pesakit ini akan direfer ke unit Palliative Care yang akan membantu mereka menghadapi hakikat kematian itu dengan lebih positif dan bermanfaat. Unit ni membantu pesakit-pesakit menggunakan sisa-sisa waktu yang masih tinggal itu sebaik mungkin dan membantu sedaya upaya agar tidak ada kesukaran dan kebimbangan di hati pesakit-pesakit ini sebelum kematian menjemputnya.

Sepanjang mendengar lecture tentang Palliative Care ini, saya banyak bermuhasabah dan berconversation dengan hati sendiri.

Kematian adalah hakikat kehidupan.

Samaada sakit atau tidak, kita pasti mati.

Boleh jadi seorang pesakit didapati mengalami kegagalan sistem-sistem badan kerana diabetes, dan hal ini dimaklumkan oleh doktornya dan pesakit itu cuma ada masa beberapa bulan sahaja untuk hidup. Tetapi tidak mustahil, doktor itu tiba-tiba sakit jantung dan mati terlebih dahulu dari pesakitnya yang sudah tahu dia akan mati tidak lama lagi.

Tidak mustahil bukan?

Maka sebenarnya seluruh kehidupan ini adalah persediaan untuk sebuah kematian yang merupakan satu-satunya jalan untuk kita ke akhirat. Lahir sahaja kita ke dunia, kita semua dalam persediaan dan tempoh kita berbeza-beza.

“He has only a few months…” “She has a couple of days..”

Ayat-ayat ini tidak mudah untuk ditelan. Kerana kematian itu benar-benar menghancurkan segala kelazatan.

Rasulullah SAW bersabda,

Banyak-banyaklah kamu mengingati kejadian yang akan menghancurkan segala kelazatan iaitu maut (mati). (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Satu perkara yang saya kagumi tentang prinsip Palliative Care adalah, mereka ditubuhkan untuk menyedarkan pesakit bahawa kematian adalah hakikat..

“…death will and must come, that health is a mortal good, and that as embodied beings we are fragile beings that must stop sooner or later, medicine or no medicine.”

Bahkan Dr John Cavenaugh juga mengingatkan saya bahawa fungsi Palliative Care adalah untuk affirms life dan regards dying as a normal process.

Katanya “Palliative Care is to enable people facing death

dan dia juga mengingatkan bahawa

Palliative Care intends neither to hasten nor postpone death

InshaAllah, saya harap dan berdoa kepada Allah agar suatu hari nanti, andai suatu hari itu masih ada untuk saya, saya mahu jadi specialist Palliative Medicine. Kerana saya mahu sentiasa mengingatkan diri tentang penghancur segala kelazatan-

Kematian.

Advertisements

6 thoughts on ““Doctor, how long do i have?”

  1. Salam alaik.
    betul2..sy setuju..
    kdang2 kala,orang yg sihat pun mungkin akan pergi dulu berbanding yg dh dketahui sakit..
    bila tibanya ajal kita,tnpa cepat atau lewat 1saat pun xberubah..
    moga mati kita dlm keadaan beriman kpdNya..
    insyaAllah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s