Memory Cinta B-cells

Hari ini, waktu pagi saya telah diallocatekan untuk belajar tentang Host Immunity. Saya sangat suka topik ini. Saya suka sistem immunisasi built-in dalam badan kita ni. Very intelligent dan efficient.

Host Immunity penting untuk melawan infectious disease yang biasanya berpunca daripada pathogens seperti virus, bacterial, parasitic worms dan fungi. Untuk memastikan badan kita sentiasa sihat, Allah dah sediakan satu sistem immunity yang sangat mantap, built-in dalam badan kita,

Kita ada first-line defense yang fungsinya nak halang kemasukan patogen-patogen ni. Bukan senang sebenarnya virus, bacteria or whatever ni nak masuk dalam badan kita. Perlu hadapi ujian pertama dari Allah iaitu kulit, mucus membrane, cilia dan chemical seperti antibacterial peptide. Kalau lepas yang ni semua, baru boleh masuk dalam badan kita. Nampak tak betapa Allah sayang kita? Tak mau bagi kuman-kuman(layperson term) ni masuk dalam badan kite…

Bila patogen-patogen taiko tahap wira tunggal dapat juga masuk dalam badan, nahhh…Allah sediakan pula second-line defense yang lebih mantap tahap ultra. Second-line defense ada non-specific dan specific. Mari kita terjah yang non-specific dulu. Once patogen masuk je dalam badan, yang first akan bertindak adalah phagocytes yang terdiri daripada macrophages, neutrophils dan dendritic cells. Apa kerja mereka? Mereka ini telan bulat-bulat mana-mana patogen yang masuk tu. See, sayangnye Allah kat kite… Kita tak sedar pun kalau masuk kuman, tak payah fikir pun nak kena buat apa, perisian untuk melawan patogen-patogen ni semua dah built in dah. Dah la tak payah update sebab dia update sendiri, lepas tu bekerja tanpa disuruh perlu dipaksa-paksa. Phagocytes semuanya tunduk dan patuh kepada Allah SWT yang suruh diorang jaga kita.

Paling tak boleh tahan adalah kehebatan adaptive immunity atau nama timangannye specific defense yang melibatkan cell-cell tahap giga yang memang “muntij” dalam urusan mereka, iaitu B-cells dan T-cells. B-cells ni kerjanya lebih specific kepada patogen-patogen “jahat” yang floating dalam darah, kirenye yang masih bebas di dalam blood flow, belum infiltrate mana-mana sel badan lagi. B-cells akan engulf patogen-patogen ni dan kemudiannya cebisan patogen tu dipamerkan untuk kemudahan kerja T-cells. B-cells dengan cebisan patogen tu kini dinamakan Antigen Presenting Complex (APC). Paling interesting tentang sifat B- cells dan T-cells ini adalah kerana mereka ini benar-benar spesifik. One type of B-cell for one type of patogen ONLY!

Ini yang pelik. Semua B-cells pun diproduce di bone marrow dan of course lah dari stem cell yang mempunyai DNA yang sama sahaja. Kalau DNA sama, kenapa B-cells ni mempunyai membrane-bound antibody yang berbeza-beza untuk attach kepada antigen yang berbeza2? Bukan ke DNA tu yang menentukan sifat-sifat cell tu macam mana. Gene sama, produce benda yang sama. Tetapi rupa-rupanya out of nowhere(dari Allah la sebenarnye), DNA dalam B-cells dan T-cells ni memang shuffle-shuffle sendiri, tukar-tukar coding dengan sendirinya untuk menghasilkan various antibody.Menurut kajian, variaty membrane bound antibody di B-cells adalah 10^10 which is millions! Subhanallah!! Allah dah readykan dah millions B-cells yang ada antibody yang berbeza-beza untuk detect, bind and makan patogen yang berbeza-beza!! Punye sayangnya Allah kepada kita!!! Kan???

Allah punya lah menatang kite bagai minyak yang penuh…sediakan B-cells dan T-cells yang memang sgt spesifik dan sensitif terhadap patogen. Lepas tu T-cells tu pulak, bila B-cells dah engulf sejenis patogen, T-cells lah yang berfungsi mengactivatekan B-cells ni supaya dia boleh hasilkan plasma B-cells yang berfungsi menghasilkan antibodi banyak-banyak dalam badan kita supaya dapat makan semua kuman jahat tu…dan supaya B-cells buleh hasilkan juga memory B-cells supaya next time kalau masuk lagi patogen semacam itu juga, badan kita dah tak perlu susah-susah nak detect-detect dah..terus telan je sebab dah ade “memori” duka dengan patogen tu di masa silam. Hebat tak? Hebat kan? Demikian juga perihalnya dengan T-cells. Sama jugak. Ada memory T-cells, ada cytokines yang berfungsi jadi alarm ringer bila patogen masuk, ade cytotoxic cells yang bantu bunuh cell yang dah infected yang dah tak dapat nak baiki serta bunuh cell yang proliferate out of control a.k.a cancerous cells….ya Allah kalau nak list in detailed benda-benda immunity badan ni…memanglah ¬†teramat banyak dan terperincinya!

So, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau nak dustakan?!

Host immunity sudah terlalu cukup untuk memantulkan betapa kasih, cinta dan sayangnya Allah Ar Rahman Ar Rahim ni kepada kita. Sayang sangat. Nak kita sihat, nak kita cergas, nak kita gembira, tak sakit-sakit, dan yang paling best, host immunity ni Allah beri kepada semua hambanya kecuali mereka yang diuji dengan genetic disease yang tak de immunity etc tapi of course lah itupun ada hikmah yang besar di sebaliknya…tapi overall, memang Allah bagi kat semua, beriman ke, tak beriman ke, Islam ke, tak Islam ke, kurus ke gemuk ke…semua dapat… percuma!

MashaAllah, benarlah bila Allah berfirman,

Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al Quran itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?
(Q.S. Al Fushshilat: 53)

Tetapi sedikit sekali kita bersyukur….

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.
(Q.S. Ibrahim: 7)

Saudaraku, cinta Allah benar-benar mengalir dalam darah kita…

Advertisements

6 thoughts on “Memory Cinta B-cells

  1. Salam…
    wah,tajok yg menarik paah..
    cam memori daun pisang dah..
    betol2..itu baru B-cells..
    ditambah pula dgn macropinosome formation of membrane of the cells itself..masyaAllah,canggih sgt2!!
    xde satu makhluk paling genius pon dpt compare hebatnya ciptaan Allah…
    subhanallah…….
    jazakillah dgn pengkongsian,rindu plak nk blaja psl B-cells cam option biology kt KMB…haha..

  2. salam pa’a…waa bagusnye…
    sambil blaja, sambil ingat Allah =)
    itula namanye zikrullah….bukan di mulut sj..tapi dlm hati pun mengingati Allah dan memuji Allah…

    Allahu Akbar!!! =D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s