Mari Bebas Ke Syurga

Baru- baru ini, untuk subjek Romantic and Victorian ENGL1002, saya telah berpeluang mempelajari sebuah sajak karya Alfred Tennyson, seorang penyajak terkenal di zaman pemerintahan Ratu Victoria sekitar tahun 1800-an. Karya ini bertajuk The Lady of Shallot. Boleh baca di sini kalau berminat dan ada masa.

Pada zaman pemerintahan Ratu Victoria, masyarakat Inggeris ketika itu dilanda pelbagai masalah memandang era itu adalah permulaan Revolusi Perindustrian di Eropah. Kemiskinan dan kesempitan hidup telah menyaksikan child labor dan pelacuran meningkat dengan mendadak. Akibatnya, penyakit-penyakit juga mula merebak kerana poor hygiene control, safety management, dan kurangnya knowledge dalam kalangan mayarakat.

Kesukaran-kesukaran ini menyebabkan masyarakat ketika itu jadi overwhelmed, stress dan pressured sangat sehinggakan sasterawan-sasterawan seperti Alfred Tennyson rasa sudah tidak dapat mainkan peranan dalam masyarakat. Sastera telah hilang fungsinya dan jadi terpinggir kerana terlalu banyak masalah sekeliling yang lebih memerlukan perhatian.

“The Lady of  Shallot” adalah perasaan seorang sasterawan yang terpendam kerana hilangnya kontribusinya kepada masyarakat apabila terlalu banyak masalah yang menimpa orang-orang sekeliling sehinggakan dirasakan seolah-olah segala yang ada di sekeliling sedang memerangkapnya jiwanya dalam dirinya sendiri. Sehinggakan “Lady of Shallot” sanggup membayar kebebasan untuk mencapat hasrat hatinya dengan nyawanya sendiri.

Hakikatnya hari ini masyarakat kita juga sedang dalam keadaan overwhelmed dan pressured dengan keadaan sekeliling.  Kita ada banyak sangat masalah. Masalah umat kita seperti lautan dan kita terkapai-kapai di tengah-tengahnya. Masyarakat tertekan dengan masalah-masalah ini tetapi tak nampak jalan keluar dan mereka cuba cure masalah-masalah ini dengan mencari ketenangan-ketenangan yang bersifat sementara.

Maka menjadilah kita seperti Lady of Shallot yang terperangkap dalam dunianya. Sehinggalah dia nampak betapa tertipunya dia di dalam kehidupannya, sehinggakan hatinya memberontak lalu dia akhirnya berjuang untuk mengeluarkan dirinya dari cengkaman palsu dunianya, dan dia bayar kebebasan itu dengan nyawanya.

Perjuangan kita hari ini pastinya lebih besar dari perjuangan Lady of Shallot yang ingin keluar dari dunia cerminnya. Perjuangan kita bukan sekadar untuk membebaskan diri semata-mata bahkan membebaskan umat dari segala perhambaan kepada dunia kepada perhambaan kepada Allah semata-mata. Maka andai kata Lady of Shallot membayar kebebasannya dengan nyawa, apatah lagi kita yang mahu berjuang untuk membebaskan umat seluruhnya, pastilah nilainya lebih dari sekadar sebuah nyawa.

Jalan menuju syurga bukan jalan yang mudah. Orang-orang terdahulu membayar harga-harga yang tinggi- dengan darah, harta, keluarga dan air mata. Maka apakah yang dapat kita offer kepada Allah sebagai bayaran untuk syurgaNya? Sebagaimana syurga itu tidak percuma, pengorbanan-pengorbanan kita juga tidak percuma, bahkan Allah Maha Mensyukuri dan Maha Mengganjari. Maka sepatutnya tidak ada keraguan lagi untuk kita berjuang sehabis daya.

Hari ini badai yang melanda umat yang penuh kesulitan perlu diatasi dan kita-kita lah pemuda-pemuda harapan yang didambakan. Allah offer syurga untuk siapa-siapa yang mahu bekerja di jalanNya.

So, siapa mahu ke syurga?

Advertisements

7 thoughts on “Mari Bebas Ke Syurga

    • astaghfirullah.alhamdulillah.

      mane ade adikku…=) Allah jualah yang lebih tahu siapa di kalangan hambaNya yang paling bertakwa. Akak ni sgt lah tak pernah sunyi dari perbuatan dosa. Kepada Allah kita pulangkan segala pujian. Kerana sedikit pun tidak layak untuk akak mengambilnya..Mudah-mudahan petunjuk Allah menjadi milik kita.

      =)

  1. Sy sngt kagum dgn ayat akak yg menyenangkan.. Sy buat esei BM pun x berbunga2 mcm ayat akak.. Mcm mana nk contact akak ye? Akak ada guna phone tak dkt australia? Mcm mana akak jadi begitu sngt beriman? Sy sungguh kagum dgn akak.. Masyaallah! -shafiqa, selangor, m’sia-

  2. alhamdulillah…bukan ayat akak yang hebat sgt tapi hati awak yang hebat, lembut dan mudah tersentuh…=) alhamdulillah

    contact akak? boleh ym akak..najwa_fitzgerald@yahoo.com =)

    tertanya2 juga shafiqa yang mana nii..hehe…akak kenal ramai sgt shafiqa kat selangor ni…kalau dapat borak2 dgn awak mesti ingat InshaAllah…nanti email atau ym akak ep. inshaAllah..

    moga kita sentiasa dalam ridha Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s