Tarbiyyah Dari Air…

Allah menerangkan kepada kita,

“Wahai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemuiNya.” (al Insyiqaq:6)

dan Allah menerangkan lagi,

“Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkan kamu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan),maka siapa yg dapat menolongmu setelah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakal.” (Ali Imran: 160)

Ayat yang pertama tu buat saya termenung sebentar.

Bilakah dalam detik-detik hidup saya yang saya benar-benar berusaha menuju Allah?

Bila saya berusaha keras menujuNya?

Eh, macam mana ni?…Akan bertemukah saya dengan Tuhan saya?

T__T

Ayat kedua dari dulu hingga sekarang membuatkan saya rasa betapa tidak bergantungnya saya kepada Allah SWT.

Allah semata-mata tempat mohon pertolongan, Allah semata-mata tempat tumpuan segala minat dan cita-cita, tiada kehidupan selain hidup dengan ingatan-ingatan kepada Allah.

Rasa sedih sangat bila baca part yang “jika Allah membiarkan kamu..” itu.

Sedihnya kalau Allah membiarkan kita begitu sahaja. Barangkali kerana kedegilan kita sendiri. Sedangkan Allah telah lama menanti kita untuk kembali ke jalannya.. Malangnya kita kerap merasa terlalu muda lagi untuk mati, terlalu awal lagi untuk kembali, terlalu tak logik untuk mati begitu sahaja padahal diri sedang sihat-sihat aja. Maka kita melengah-lengahkan penerimaan hidayah yang telah Allah campak dalam hati kita. Akhirnya, hidayah itu Allah ambil balik dan beri pada orang lain yang lebih berhak. Dah kita tak nak sangat…buat tak layan je.

Allah tak rugi barang sedikit pun. Tetapi kita kerugian yang amat sangat.

Suatu ketika, saya meneliti surah Al Mulk. Dulu-dulu di KMB, surah ni baca setiap kali akhir roll call kat blok asrama.

Andainya kita semua benar-benar faham dan menghayati al Mulk tu kan, barangkali selepas roll call tu, tak ada yang akan bersenda gurau lagi kan?

Saya sendiri tidak pernah benar-benar merasa apa-apa dengan surah ini. Kena rasa apa ye? Saya baca berulang kali pun terjemahannya, saya rasa biasa aje. Memang ada rasa “wahhh..hebatnya Allah ni…buat langit itu sempurna tak ada cacat cela…waaahhh…hebatnya Allah menahan burung-burung yang terbang tu di udara…siapa lagi yang berdaya menahan mereka?waahh..”

Ini perasaan yang biasa!

Baca ensiklopedia, tengok National Geographic, tengok persembahan dolphin dan seal kat Port Porpoise pun boleh rasa “waahhh…hebatnya Allah…”.

Al Quran ini terlalu dahsyat keindahannya. Tidak boleh sama reaksi kita kepada Al Quran dengan reaksi kita bila tengok kehebatan alam ciptaan Allah dalam National Geographic. Tak cukup!

Reaksi sebenar Al Quran ini tidak terhenti sekadar pada “waahhhh…”. Lepas tu “sodaqallahul azeem..”.

Reaksi Quran sepatutnya sampai tahap, “waaaaaahhhh..tak boleh tahan…sekarang juga saya sampaikan pada semua orang di sekeliling!yah yah!”

Kan? Kagum tahap tak dapat terima dah kalau pendam sorang-sorang je dalam hati.

Selagi tak tercetus tindakan, beerti belum cukup penghayatan.

Ya Allah, takutnya tulis benda ni. Tapi  nak tulis juga. Sebab tak boleh tahan dah. Semua orang kena rasa yang sama.

Ayat-ayat al Mulk itu saya baca macam biasa aje satu per satu. Diteruskan juga bacaan sebab alang-alang dah baca. Sampailah ke ayat yang terakhir. Bilamana dibacakan ayat terakhir itu, tiba-tiba dirasakan bulu-bulu roma di leher bagaikan menegak. Dan mata terasa panas.

Lantas kelopak mata mula bergenang.

MashaAllah.

Allah berkata(yang  bermaksud),

“Katakanlah “terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?”

Ya Allah…

Air. Cuba buka wikipedia dan baca sikit pasal air.Tahukah anda,

air melitupi 71% daratan bumi.

seluruh tumbuhan di muka bumi ini consume 70% pula dari seluruh kandungan air bumi ini

tahu tak air yang kita guna hari ini adalah air yang sama yang berkitar-kitar sejak bumi ini mula diciptakan? air yang sama Allah berikan kepada umat-umat terdahulu…dan sebagaimana Allah pernah tarik nikmat ni dari mereka, pastinya Allah juga mampu ambil balik dari kita…

tahu tak dalam darah kita ada pun ada air?

tahu tak air bukan sahaja ada di bumi tapi juga di planet-planet lain?  sebab Hydrogen dengan oksigen tu adalah unsur terbanyak di alam ni

tahu tak jumlah isipadu air di bumi sahaja adalah 1,360,000,000 km3 (326,000,000 mi3)?

tahu tak bahawa secara saitifiknya, satu-satu nye benda yang menahan air air di muka bumi ni agar terus kekal bersama kita adalah graviti?

dan tahu tak, otak kita sendiri 75% dari kandungannya adalah air?

Sebab tu Allah suruh kita fikir,

“jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?

Allahu akbar.

Kalau Allah keringkan air dalam otak ni, nak fikir ni dah tak boleh dah… air mata pun tak boleh mengalir…

Ya Allah, kalau sumber airku kering, tak ada siapa lagi yang dapat beri ya Allah, melainkan Engkau jualah ya Allah. Kau sahajalah harapan kami ya Allah. Tiada Tuhan melainkan Engkau ya Allah.

Mari perbaharui syahadah…

Advertisements

6 thoughts on “Tarbiyyah Dari Air…

  1. salam paa
    moga sihat selalu.. 🙂
    hmm sgt tersentuh..baca-baca Quran pun dok cam tu gak..
    xley jadi..nak jadi macam KGA dulu2…
    sahabat2 terdahulu sgt hebat..dapat satu ayat terus sebarkan!!
    hmm JOM jadi daei hebat!!

    allahuakbar..

    may He loves U more than i do

    • wsalam ijah…;) alhamdulillah paa sihat je..tadi baru cek BP systolic dan diastolic sendiri..semuanya normal…hehehe…ijah pun harap sihat2 sangat eh..
      alhamdulillah, kite usaha sama2 eh untuk jadi daie yang hebat..jum jum…KGA tu gapo eh? hehe..

      syg ijah juge…may He loves u more than i do jugak.. 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s