Di Sebalik Kesusahan Ada Syurga

Kehidupan menuntut kita menjadi semakin matang. Mahu atau tidak, kita perlu menghadapi masa depan. Dan sememang hidup takkan semakin mudah. Tapi percayalah, Allah benar-benar banyak memudahkan kehidupan kita dengan menjadikan kematangan kita bertambah seiring dengan masa. Sehinggakan sesusah mana sekalipun ujian-ujian kehidupan, inshaAllah, kita akan berjaya melaluinya.

Turunnya surah Al Insyirah, bagaikan satu pujukan kepada Rasulullah SAW dikala keadaan hidupnya sempit dan kesusahan. Dakwah adalah hidup nabi, dan demikian juga hidupnya Nabi adalah untuk dakwah ilallah. Sejarah membentangkan kepada kita hakikat sukarnya hidup nabi setelah memulakan tanggungjawab dakwahnya dan sejarah juga menyaksikan bagaimana sukarnya dakwah itu sendiri, sejak ia mula dihidupkan. Kenapa semua perkara di dunia ini tidak semakin mudah? Kenapa semuanya saban hari jadi semakin sulit? Sekalipun kita rasa kehidupan kita semakin mudah, hakikatnya ia semakin rumit. Di sebalik tiap-tiap kesenangan dan kemudahan yang kita kecapi hari ini, ada pelbagai proses-proses sulit yang mengusutkan.

Hari ini, kita ada laptop, yang menyimpan jutaan maklumat dalam cip-cip kecil. Perisian-perisian yang bersifat artificial intelligent, pengkalan data yang terperinci dan sifatnya yang kecil, ringan dan berkapasiti tinggi, sangat banyak memudahkan urusan-urusan dakwah, pembelajaran, komukasi dan pekerjaan kita. Ya, hidup kita jadi semakin mudah dengannya.

Tapi penciptaan laptop itu sendiri sesuatu yang tidak mudah. Nak buat projek papan litar dalam subjek Kemahiran Hidup dulu pun sudah ramai yang berkeluh kesah, inikan pula nak cipta motherboard laptop. Sulit bukan? Dan bukan itu sahaja, perisian-perisiannya pun bukanlah mudah nak dicipta. Berapa ramai pelajar kejuruteraan perisian yang sengsara dengan coding dan JAVA. Sulit bukan?

Tapi dari kesulitan inilah hari ini kita beroleh kesenangan.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Subhanallah.

Rupa-rupanya, kebenaran ayat-ayat Allah ada pada penciptaan benda-benda di sekeliling kita.

Laptop itu bukti inna ma’al ‘usri yusra.

Dan hari ini memang sengaja Allah jadikan kehidupan kita di dunia ini semakin sukar. Kerana selepas bersama tiap-tiap kesukaran, ada kemudahan. Dan bersama kesukaran dunia ini, akan datang kesenangan akhirat yang tiada terbanding nikmatnya.

Dan inilah yang harus kita takuti, adakah masih tinggal kesenangan untuk kita di akhirat nanti andai kehidupan dunia kita mudah begini, tidak diuji sehebat para salafi, tidak tekun pun ibadah seperti sufi, tidak benar-benar himmah sebagai da’ie, tidak taqarrub dengan Allah di malam hari. Apakah bayaran kita untuk sebuah syurga yang terlalu suci? Setarafkah kita untuk mengisi Firdausi?

Masih adakah ruang syurga untuk hamba ini?

Yakinkah kita, bahawa di sebalik kesusahan-kesusahan ini, ada syurga menanti?

Rabbana innana amanna faghfirlana zunubana waqina azabannar.

Advertisements

3 thoughts on “Di Sebalik Kesusahan Ada Syurga

  1. salam wbt

    pa’a
    masya Allah sangat hebat..terketuk pun ada dalam sedar tak sedar memang segala apa yg ada dalam al-insyirah tue ada disekeliling kita..takut jugak kalau2 kesenangan tue melaghakan diri..na’uzibillah..

    ijah suka ayat last skali…jom jadi sahabt macam tue!!!

    may He loves U more than i do
    semoga kita tergolong seperti anak-anak perempuan syuiab..best best.. 🙂 hugs

    • wsalam ukhti ku

      tu la..ni benar2 peringatan buat paa sendiri khususnya. betapa tiap2 perkataan ni pun Allah akan tanya balik nanti. dan betapa banyak benda yang kita rasa susah padahal dah Allah mudahkan yang kita kurang syukuri…betapa banyak orang lain yang lebih serba kekurangan.

      korang ni baru daurah sahabiat ke? sana sini sahabiat belaka…hehe..bile examnye ijah?

      ameen for the du’a. Allah bless u.

      hugs hugs

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s