Cinta Pertama

Pandanglah hidup ini seperti pandangan seorang ibu kepada anaknya.

Seorang ibu kasih sekali kepada anaknya. Tidak mahu si anak terleka, terlupa dan tersia-sia kehadirannya. Tidak mahu masa depan anaknya kelam dan gundah gulana. Tidak mahu anaknya dinodai duka dan dosa. Tidak mahu si anak kesakitan atau terluka.

Dan untuk itu kadangkala si ibu perlu bertekad dengan pendiriannya, perlu bertegas dalam sebahagian didikannya, tetapi masih lagi berlemah lembut dan penuh cinta dalam mendewasakan anaknya.

Begitulah cinta ibu kepada anak. Bukan menuruti semua yang diingini tetapi membimbing dalam memberi, mendidik dari setiap sisi, agar si anak membesar sebagai insan, bukan sebagai lawan atau haiwan.

Hidup kita juga begitu.

Kita ibu dan hidup ini anaknya.

Kita cinta hidup kita tapi tak mahu pengakhirannya sesuatu yang mendukacitakan.

Kita kasih hidup kita tapi tak mahu ia dipenuhi kemungkaran dan kekalahan.

Kita inginkan hidup kita bahagia sampai ke syurga. Bukan dalam batasan dunia semata.

Hari ini ramai orang memanjakan hidupnya dengan noda-noda duniawi, memenuhi hidupnya dengan kesilapan di setiap sisi persegi. Lantas usianya yang semakin dewasa tidak membawa sebarang erti. Dan hidupnya memusuhinya di akhirat nanti. Mengapa ini yang terjadi?

Bukankah kasih sayang ibu dan anak itu seharusnya selama-lamanya sampai akhirat sana?

Bukankah anak yang soleh menjadi manfaat kepada ibu bapanya?

Maafkan aku wahai hidupku, aku telah mengabaikanmu. Aku tidak menjagamu dengan baik. Aku terlupa mengasihimu. Betapa kurang rasa syukurku. Memperolehimu sebagai kehidupanku.

Ya Allah, jadikanlah aku orang yang bersyukur dengan jalan cerita hidupku…

Selepas Allah dan Rasul,

Kaulah antara cinta pertamaku.

Advertisements

6 thoughts on “Cinta Pertama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s