Hidup Yang Murah

Kita sangat cepat dan mudah merasa cukup dengan usaha kita. Sangat cepat.

Bangun tidur awal sikit, sempat solat sunat Fajr (sebab terbangun awal), baca doa bangun tidur (sebab teringat, kalau tak tak baca), sempat baca Quran beberapa page, dengar lagu-lagu nasyid sikit, baca blog-blog Islamik sikit, solat jemaah sikit, baca doa sikit, wirid sikit; kita rasa sudah cukup Islam (berserah diri) kehidupan kita.

Kan?

Kita rasa dah cukup dah. Lepas tu kita mula menghalalkan kemalasan dan jahiliyah-jahiliyah lain sebab kita rasa kita dah banyak dah buat ‘benda-benda Islam’ hari ini.

Macam mana ya sebenarnya apabila kita kata Islam itu cara hidup?

Beerti sepanjang-panjang hidup kita adalah bersama-sama Islam, mengandungi Islam, beramal dengan amalan seorang muslim dan berakhlak dengan akhlak seorang muslim.

Kadang-kadang kita tidak nampak hakikat bahawa seorang Muslim akan sentiasa terjaga dan tersusun masa dan kehidupannya apabila dia care enough untuk menjaga tuntutan agamanya.

Hari ini life kita jadi caca merba sebab kita kurang peduli dengan tuntutan agama sendiri. Masa kita jadi seolah-olah tidak cukup, kerja kita seolah-olah melebihi masa yang ada, tubuh kita kepenatan berkejar-kejar atas pelbagai urusan. Dan solat menjadi seperti sampingan, yang kita masih laksanakan tapi dengan kurang perasaan dan kesungguhan.

Solat tidak lagi menjadi waktu rehat kita setelah penat lelah bekerja atau belajar sebagaimana solat dahulu menjadi rehat bagi Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat selepas penat lelah berjuang dan bertebaran menyampaikan Islam ke seluruh pelusuk alam.

Ya, barangkali itulah punca kita tidak cukup kuat menahan bahana-bahana jahiliyah di saat-saat kita lemah, kita mudah tenang dan redha dengan sesuatu selain Islam, kita tidak lagi kalis cabaran dan godaan syaitan dan cepat ‘penat’ menahan keinginan. puncanya?

Kerana kita tidak betul-betul ‘rehat’ di dalam solat kita.

Kita ni, hidup dengan kehidupan yang terlalu biasa, kehidupan yang kalau kita tak solat, segala aktiviti kita hampir sama saja dengan kehidupan Muthusamy, atau Chong atau John atau siapa-siapa la orang bukan Islam lain(nama-nama yang disebut bukanlah nama orang tertentu, ok. Contoh aje). Dengan kehidupan kita yang begini, dan sekali-sekala kita buat ‘benda-benda Islam’ tu, kita minta SYURGA pula dari Allah. Kita minta SYURGA yang Allah bagi kat Nabi dan sahabat-sahabat yang hidup sederhana, kena maki hamun sebab mengajak manusia menyembah Allah, kena baling batu sampai berdarah-darah sebab ajak orang sembah Allah, kena pulau sebab menyampaikan Islam, kena dera di tengah-tengah padang pasir yang panas sebab mengesakan Allah dan  tak mahu kembali kepada jahiliyah.

Mereka BELI SYURGA Allah itu dengan maki hamun dan batu yang dilontar kepada mereka, dengan darah dan daging yang bertaburan di medan-medan perang fisabilillah, dengan unta dan dinar yang dihadiahkan ke jalan dakwah, dengan isi tubuh yang melekat pada besi-besi panas yang menikam tubuh mereka, dengan jari-jemari yang terputus ditetak tatkala menjulang panji agama. Dan hari ini kita meminta dari Allah SYURGA yang sama tetapi kita nak bayar nak sebuah kehidupan yang murah!

Sedih bukan?

Isunya di sini bukanlah kita tak boleh minta kat Allah nak masuk syurga ke apa. Tapi yang saya nak bangkitkan di sini adalah peranan kita, effort kita, dalam meminta syurga itu. SYURGA itu memang Allah nak bagi kat kita. Memang designed untuk kita. SYURGA itu layak saja untuk siapa-siapa yang bersungguh-sungguh melayakkan diri untuk menjadi ahlinya. Dan Allah sahajalah sebaik-baik Hakim yang akan menentukan siapa layak siapa tidak.

Islam itu berserah diri sepenuhnya kepada Allah sepanjang hayat kita. Bukan serah tangan je ke, kaki je ke, otak je ke…tapi serah semua kepada Allah. Termasuklah hati dan cita-cita kita.

“Barangsiapa menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambahkan keuntungan itu baginya, dan barangsiapa menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian darinya (keuntungan dunia), tetapi dia tidak akan mendapat bagian di akhirat.” (As Syura:20)

Laskar Mentari!Redahlah awan itu sampai kau ketemu mentari!

Advertisements

2 thoughts on “Hidup Yang Murah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s