Konflik Diri Lah!

Konflik diri adalah antara punca ramai orang tak mau berubah jadi semakin baik.

“Aaaa!Ini bukan diriku!Aku tak nak hipokrit ok!”

“Aku nak jadi diriku sendiri!”

Okay. Fine. Tak suruh pun jadi Britney Spears ke, Tun Mahathir ke, semut ke, kucing ke. Memang nak semua orang jadi diri sendiri je. Tarbiyah sendiri sebenarnya membawa kita mengenali diri sendiri. Tarbiyah bukan nak bentuk kita jadi benda lain tapi nak kembalikan bentuk kita yang asal.

Ramai tak boleh terima. Asalkan jadi baik je, itu bukan diri mereka. Walhal, fitrah kita manusia sebenarnya memang cintakan kebaikan.Bahkan kita lahir dalam keadaan suci dari kejahatan. Kita keluar ke dunia ini dalam keadaan bersih dari dosa dan noda. Maka sebenarnya hakikat diri kita adalah seorang manusia yang suci dan bersih hatinya, indah dan mulia akhlaknya serta berseri dengan kebaikan. Itulah hakikat diri kita.

Hari ini konflik diri membawa anak-anak muda jauh dari hakikat diri sendiri. Saya tak nampak salah sesiapa kecuali syaitan yang memang berusaha siang malam menjauhkan kita dari ‘diri kita sendiri’ dan membuatkan kita rasa ‘yang tak baik’ tu lah diri kita. Dan di samping itu, kita juga kadang-kadang banyak ‘membantu’ kerjaya syaitan ini dengan membenarkan syaitan membenamkan jarum-jarum jahiliyah dalam hati kita. Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.

Kadang-kadang saya pelik dengan orang-orang yang berkata “Ini bukan diriku. Aku ingin jadi diriku sendiri!”

Teringin nak tanya, “Siapa diri kamu sebenarnya?”

Allah SWT banyak kali cerita dalam Quran tentang diri kita.

“Maka hendaklah manusia memerhatikan dari apa dia diciptakan.” (At Tariq: 5)

“Dia diciptakan dari air (mani) yang terpancar, yang keluar dari antara tulang punggung (sulbi) dan tulang dada.”(At Tariq: 6-7)

“Dari apakah Dia(Allah) menciptakannya?”( ‘Abasa: 18)

“Dari setetes mani , Dia menciptakannya lalu menentukannya.”(‘Abasa:19)

Jelas bukan kejadian diri kita? Siapa kita? Kita cuma hamba yang hina. Layakkah kita mengatakan itu atau ini lebih baik untuk kita,padahal kita cuma setitis air mani yang kotor dan hina? Hmm…

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” (Quran: Ar Rahman)

Ramai orang telah menemui diri mereka apabila mereka menyedari hakikat diri sebagai hamba Allah, lantas mereka kembali ke jalanNya. Tapi ramai juga, yang apabila seruan untuk memperbaiki diri sampai kepada mereka dan hati mereka ingin kembali ke jalanNya, lantas mereka berkata “Aku nak jadi diri sendiri. Ini bukan diri aku!” lalu mereka kehilangan peluang untuk mengenali diri mereka yang sebenar-benarnya. Lebih malang lagi kalau itulah satu-satu peluang petunjuk dari Allah sebelum kematian datang menjemput mereka. Alangkah ruginya mereka. Kan?

“Wahai orang-orang yang beriman!Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok(akhirat) dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan.” (Al Hasyr: 18)

Tak perlulah konflik-konflik diri ni. Buat semak je. Kalau rasa nak jadi baik, buat je, jangan tangguh-tangguh!

Tidak ada konflik diri dalam hidup seorang muslim, ok!

Laskar Mentari!Redahlah awan itu sampai kau ketemu mentari!

Advertisements

2 thoughts on “Konflik Diri Lah!

  1. konflik diri saye sekarang ni ialah….

    nak pergi ke taknak rumah agam sunset. nak pergi ke taknakkkkk…

    well.well.well.

    kadang2 manusia tu ‘malu’ nak jadi baik. ‘malu’ bile orang kate wah baiknye kau. kau alim lah harini. ekekeke~

    tapi lebih suke bile orang kate.. “cool” giler kauuuu~

    tak ke?
    pelik tetapi benaarrrr…!~ malu tak bertempat dok. biaselah orang melayu kan kan kan

    well said. actually mungkin tak semua macam tu. ade jugak yang rase macam kalau die buat baik, die tak mahu orang tahu die buat baik. mungkin jugak sebab die tak mahu nant diri die di puji2 dan boleh menyebabkan riak ke.

    oleh itu mereka pun ‘menyembunyikan’ perbuatan ke arah kebaikan tu dan menunjukkan bende yg tak baik tu la. ape2la kan. tapi dalam hati diorang sebenarnyeee nak je jadi baik kan kan kan.

    ini pun saye tak tahu kes ape.

    nway, cakap dah macam kel.

    ok dah nak pergi kelasss niiiii!!! wuuhuuuu~~

    tetbe rase tak sabar nak pergi masterbedroom rumah agam! sile masak sedap2!!! 😀 😀 😀

    • hahahaha!betol juga ape kak peoz gojes cakap…ada mcm2 orang kan? tapi sebaik-baik hakim adalah allah…yang penting kite mahu setiap hari diri kita semakin baik…hari ni mesti lebih baik dr semalam…pedulik la apa org nak ckp…huhu…nak dtg umah btau tau…kitorg keluar pg ni…hehe…(kantoi x kemas bilik lg…hehe)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s