Cita-Cita

Sila baca post ini sambil dengar link ini!http://www.youtube.com/watch?v=FwlKSKdsLG4

Mimpi adalah kunci

Untuk kita menaklukkan dunia

Berlarilah tanpa lelah

Sampai engkau meraihnya…

Sejak kecil kita dididik agar punya cita-cita. Kita diajar perlunya ada sebuah matlamat dalam hidup. Perlunya ada satu tujuan dalam satu perjalanan.

Ketika aku masih kecil, aku masih ingat dengan jelas, aku pernah bercita-cita ingin menjadi penyanyi, ketika itu, datangnya cita-cita itu adalah apabila aku menonton sebuah rancangan TV dan Ning Baizura sedang menyanyi. Aku ingat lagi aku berkata kepada ibuku, “Mama, besar nanti nak jadi Ning Baizura”.

Aku tidak tahu itu adalah nama orang, aku sangka ia adalah satu kerjaya. Itu ketika usiaku 4 tahun. Entah kenapa aku sangat ingat dengan peristiwa itu. Barangkali kerana respon ibuku yang bersungguh-sungguh menghalang cita-cita itu. Haha

Yang pasti ketika itu, timbul keinginan menjadi ‘Ning Baizura’ adalah kerana aku lihat ramai sekali orang yang bersorak dengan nyanyiannya, dan pakaiannya cantik-cantik sekali. Dari segala pembolehubah itu, aku membuat hipotesis bahawa menjadi ‘Ning Baizura’ adalah bagus.

Ketika usiaku genap 12 tahun, aku menyertai sayembara puisi, dan sememangnya sejak usiaku 7-8 tahun, aku sudah mula menulis sajak. Walaupun ia cuma sajak-sajak cliche yang berkisar tentang Ibu, Guru dan alam sekitar, tapi aku cukup cinta dengan nikmat itu. Alhamdullillah. Pernah juga aku bercita-cita menjadi ahli sastera atau guru bahasa melayu.

Namun cita-cita itu tidak lama. Apabila aku terbaca beberapa buah buku di perpustakaan tentang angkasa lepas, aku membaca tentang buruj, planet-planet dan aku tonton pula sebuah movie sci-fiction bertajuk The Fifth Element. Aku mula melihat diriku sebagai seorang saintis angkasa lepas dengan kaca mata yang tebal, perwatakan genius, terer maths, makan tidur di lab dan mesin-mesin. Saat itu, ya!aku ingin menjadi saintis pula.

Cita-cita ini berjaya bertahan selama beberapa tahun sehinggalah aku masuk pidato dan debat bahasa melayu di MRSM PDRM dan menjuarai beberapa pertandingan di Minggu Bahasa. Aku mula merasakan aku ingin menjadi seorang peguam atau mungkin ahli parlimen yang akan banyak berdebat sepanjang hidup mereka. Ya! Aku rasa itulah cita-citaku waktu itu. Dan setiap kali peperiksaan, aku akan pastikan karangan Bahasa Melayuku mendapat markah tertinggi(tapi tak dapat selalu pun..). Tak pasti apa fungsinya, barangkali sebagai motivasi untuk diri sendiri.

Malangnya, apabila aku masuk MRSM Taiping, cita-cita itu hangus dijilat masa apabila aku merasakan aktiviti bahas telah merampas terlalu banyak masaku di sekolah itu. Aku kemudiannya menarik diri dari team bahas dan fokus kepada pelajaran. Saat itu, aku bergerak tanpa tujuan, tanpa cita-cita. Namun tak lama selepas itu, SEM TYPE III telah menemukan aku dengan cita-cita yang lebih hebat. Apabila projek fizikku menempa kejayaan di Tunas Saintis dan tiba-tiba markah exam untuk fizik juga meningkat, aku mula melihat diriku sebagai ahli fizik pula.

Sepanjang tahun 2006, aku bertekad ingin menjadi saintis fizik. Dan kerana itu jugalah aku sanggup ke UTM Skudai untuk menyertai Youth Science Camp di Institute Ibnu Sina yang dianjurkan khas untuk encourage saintis-saintis muda.

2007, kemasukan aku ke KMB dibawah tajaan MARA untuk program perubatan di luar negara bagai memadamkan segala cita-cita sebelum ini. Tidak mungkin aku akan jadi ‘Ning Baizura’ (aku pun tak nak dah), tak mungkin dapat jadi guru bahasa melayu dan peguam. Dan paling sedih, sudah terlalu jauh dari cita-citaku untuk menjadi saintis fizik.

Tapi hidup perlu diteruskan. ‘Look forward’ telah membawa aku kehadapan.

Siapa sangka, aku ketemu cita-cita yang tiada tandingan di KMB. Yang pasti tidak akan dapat disesarkan oleh apa-apa cita-cita lagi.

Tarbiyah menemukan aku dengan cita-cita untuk menjadi ahli syurga…

Alhamdulillah.

Ahli sastera, guru, peguam, ahli parlimen, saintis dan doktor adalah jawatan-jawatan dunia. Ya! Ini jawatan yang penting. Tarbiyah tidak pernah mengajar kita menyempitkan hidup dan menyembunyikan diri. Kita perlu jadi seseorang untuk dakwah kita didengari.

Kita mungkin membesar dengan ribuan cita-cita, tapi kita sebenarnya telah dilahirkan dengan satu pangkat yang sangat tinggi, iaitu khalifah di muka bumi.

Bayangkanlah, betapa bebasnya kita, apabila surga menjadi cita-cita!

Laskar Mentari

Takkan terikat waktu

Bebaskan mimpimu di angkasa

Warnai bintang di jiwa

Laskar Mentari!!!Bersemangatlah! Redahlah awan itu sampai kau ketemu mentari!!

Advertisements

16 thoughts on “Cita-Cita

  1. dulu cita2 aku pon banyak gak..polis, bomba, engineer, doktor, kerja kilang (hahaha, mcm mn boleh terpikir)..

    tp at last, cikgu jugak yg melekat wlaupun ak tak penah bercita2 untuk menjadi seorang guru…hhuhu

    insyaAllah, ak boleh jd guru yg baik.. n hg boleh jd sorg doktor yang noble! =)

    • yezza mimi!!hehehe…

      allah bagi kat kita apa yang kita perlu en…bukan apa yg kita nak…kdg2 apa kita nak tu mmg kita perlu, tapi kdg2 apa kita nak sbnanye kita x perlu…let Allah decide…

      =)

  2. muahahahahhahahaaaa….!!!

    NAK JADI NING BAIZURA YE CIK ADIK????
    boleh. kalau awak nak jadi anita sarawak pong boleh. ekekkekeee~~

    semoga mencapai cita2 akhirat dan dunia ye cik adik! 😀

  3. salam pa’a.subhanallah.dh tukar blog rupenye. bagusnye pa’a ni.hihi.teringat time pa’a sharing psl lagu ghuraba’ kt azie time KIBAR aritu. tp, azie still belum sempat share dgn sesape lg.huhu.pa’a nnt email azie id ym pa’a ek. cm tkde je lagi.huhu
    byk benda nak citer ni.hihi

    jaga diri pa’a.hidup baek2

    azie

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s